MELODI AKU DAN SESUATU..................................................
Showing posts with label AKTIVITI DAN INFO CERGAS. Show all posts
Showing posts with label AKTIVITI DAN INFO CERGAS. Show all posts

Sunday, July 17, 2011

BUKIT PELINDUNG KUANTAN


Petang tadi kol 4pm tadi mula la pengalaman pertama ara panjat Bukit Pelindung Kuantan...Perrgghhhhh....dasyat3...sgt seronok,ara pegi dgn jiran,kak Suzi.Pada mulanya kitorang ingat nak pegi gym yg terletak di Sg.Isap tu jer,memandangkan dah sampai sana gym tu pulak tutup hari nie,terus plan lari pergi ke Bukit Pelindung.

Kat sana,ramainya lah orang,nak2 bangsa cina,Melayu???blh boleh bilang dgn jari jer ade wape kerat sgt....tak samapai 10 orang pun,kat situ pun dah nampak mcm mana nak nilai dan labelkan sikap org melayu kita tentang aktiviti sihat mcm nie,tak tau nak cakap ape.ara seronok sangat2 hari nie coz dpt panjat bukit tu,mmg berpeluh sakan,basah kuyup baju2...huuu....cuma bekalan air je yg xmencukupi.

Power betul la tgk ada sorang gaya dah mcm nenek kowt dari bangsa cina panjat bukit,gagah giler,dia rehat skali jer dlm tempoh perjalanan panjat memanjat tue,ffuhhh,kuat betul la stamina dia,kulit pun cantik.Malu kitorang dibuatnya,hehe,kitorang dah pancit beberapa kali jugak,pantang nampak ada kerusi rehat,terus melekat,badan dah sejuk blik baru la manjat lg.

Nanti,InsyaAllah,diizinkanNya,kitorang nak pg lg lah...sekarang semangat tgh nak kecikkan lg saiz badan nie membara sgt2.....tgk pagi2 sok lak cne,kaki melecet nie,kasut xsesuai,kalo xsakit sgt,ingat esok nak jogging lagi di awal pagi,plan pg sok kol 5am nak kuar joging,apepun,tengok dulu.

BERJALAN?BERLARI?


Rasanya dua2 bagus tuk bantu kita bakar segala lemak jahanam dlm badan.Secara asasnya,sume tu bergantung pd jarak yg kita ambil dlm satu2 sesi exercise kan...jika kita pilih jarak yg sama,berlari memerlukan masa yg lbh singkat berbanding dgn jalan kaki,tapi hari nie,ara byk berjalan drpd berlari...hehehehehe,partner exercise pg nie mak mertua,dia xlarat nak lari2....:)semput nti coz mak ada sakit jantung.


Apepun,best sangat2 dpt kuar umah pagi2,segar je rasa drpd duk exercise kat dlm umah,tapi ada la jugak xbestnya...huuuu.....xbest coz masih ramai sgt2 lg org2 melayu kampung kita yg xsuka berjoging,apa la diorang nie......walhal tu sume sgt2 penting bg menjamin tahap kesihatan yg optima n bantu cegah pelbagai jenis penyakit....nak2 penyakit 3 serangkai....kencing manis ,darah tinggi n jantung.


Untuk menurunkan lbh byk berat badan,kita semua perlu berjalan atau berlari sekurang2nya 3 batu setiap hari.Kita akan dpt kesan yg lebih baik andai kita dapat kurangkan pengambilan makanan yg berkalori tinggi.Berhenti drpd mengambil segala jenis makanan or minuman ringan sperti soda,donut dan lain2...nak result best lg,tambahla dgn aktiviti kardio yg mana ianya sgt memberi kesan pd bahagian perut.