MELODI AKU DAN SESUATU..................................................

Thursday, July 21, 2011

ALL ABOUT DIET MENU..

1)Pagi : Minum air panas saja
   Tengahari : Nasi 1/3 senduk + lauk
   Malam : Kuih + nasi ( sebelum jam 6 petang)


2)Pagi : Bihun goreng + air masak
   Tengahari : Nasi + Lauk @ sayuran
   Malam : Minum susu


3)Pagi : Roti + milo
   Tengahari : Nasi + ikan + sayur
   Malam : Sup


4)Pagi : Roti + kopi
  Tengahari : Nasi + sayuran
  Malam : Roti + susu


5)Pagi :Roti + milo
   Tengahari : Nasi + ikan + sayur
  Malam : Biskut @ roti (sebelum jam 8mlm)


6)Pagi :Roti bakar + kopi
   Tengahari : Lauk pauk + sayuran + air kosong
   Malam : sayuran @ oat + buah (sebelum jam 8malam)


7)Pagi : Sekeping roti + jus oren
   Tengahari : Nasi + sayuran + ikan @ ayam
   Petang : Milo panas
   Malam : Nasi 1/2 senduk + ikan @ ayam


8)Pagi : Milo 'o' Kosong + roti
   Tengahari : Nasi satu senduk + sayuran + ikan @daging + sebiji epal
   Malam : mihun ( sebelum jam 7)

Wednesday, July 20, 2011

JANGAN MINUM AIR SAMBIL BERDIRI!!!



Hmm...rasanya info ni mungkin dah lama or lapuk,tapi bg ara info nie baru je,baru tahu..hahaha...lps tu mcm2 sound effect bunyi....'ooo......aah.....apalaaaa...aiseh....'huh.kuno betol la ara nie.tp xpe,at least ada tahu jgk drpd xtahu pape kan....


Terbaca n terjumpe info pasal minum air nie di majalah rapi.
Buku tu kata "menurut kajian kesihatan akupuntur membuktikan bahawa minum air sambil duduk adalah lbh baik drpd minum berdiri,ini kerana air yg diminum ketika duduk akan disaringkan oleh 'sfringer'iaitu satu struktur berotot yg blh membuka dan menutup utk salurkan air pd penyaringan di ginjal.Sebaliknya jika kita minum air secara berdiri,air akan masuk ke dalam bdn kita tanpa sebarang saringan,akibatnya boleh berlakunya PENYAKIT GINJAL.....


Jadi,skrg dah tau,so kene la amalkan minum air sambil duduk,patutla Islam kita xsuka org minum sambil berdiri,rupanya mmg ada sebab musabab yg buruk,kalo orang kata jangan dan xelok tue,janganlah berdegil nak buat ye ara...hish,...ara memang kurang sopan rupanya...takpe,ara janji akan berubah..

Monday, July 18, 2011

SESI PEMULIHAN SELEPAS BERSENAM

Setelah beberapa hari duk bersenam,exercise je keje,jogging la...aerobic la....main dgn dumbell la,mcm2 lg,so,hari nie decide nak rehat..huuu....plan nak jogging awal pagi hari nie mmg xjadi.Kaki sakit lg,hahahahaha,nak sangat panjat bukit semalam,apepun,teruja je nak g manjat2 lagi.Bila kita merancang tuk bersenam,perlu diingatkan bahawa tubuh badan kita memerlukan masa utk pulih balik keadaannya.


Lazimnya,setiap orang perlukan 48 hingga 72 jam utk rehat drpd senaman......thats y la ara nak rehat ckit hari nie,:).Waktu2 macam nielah tubuh badan kita sangat2 memerlukan masa untuk betul2 pulih dan utk memperbaiki balik kondisinya....


Selain tue,nak bg cantik lg body tue,pastikan kita mengambil protein selepas lebih kurang 30 minit hingga 1jam selepas bersenam bagi memastikan pemulihan otot berjalan lancar,mana space lemak terbakar yg dah kosong kat dlm badan kita tu diganti dgn protein yg mana  ianya akan bertukar ganti menjadi otot......xdelah lemak jahat lg nak menempel kat situ...so.....pilihla....nak lemak ke nak otot????heh3.....

Sunday, July 17, 2011

BUKIT PELINDUNG KUANTAN


Petang tadi kol 4pm tadi mula la pengalaman pertama ara panjat Bukit Pelindung Kuantan...Perrgghhhhh....dasyat3...sgt seronok,ara pegi dgn jiran,kak Suzi.Pada mulanya kitorang ingat nak pegi gym yg terletak di Sg.Isap tu jer,memandangkan dah sampai sana gym tu pulak tutup hari nie,terus plan lari pergi ke Bukit Pelindung.

Kat sana,ramainya lah orang,nak2 bangsa cina,Melayu???blh boleh bilang dgn jari jer ade wape kerat sgt....tak samapai 10 orang pun,kat situ pun dah nampak mcm mana nak nilai dan labelkan sikap org melayu kita tentang aktiviti sihat mcm nie,tak tau nak cakap ape.ara seronok sangat2 hari nie coz dpt panjat bukit tu,mmg berpeluh sakan,basah kuyup baju2...huuu....cuma bekalan air je yg xmencukupi.

Power betul la tgk ada sorang gaya dah mcm nenek kowt dari bangsa cina panjat bukit,gagah giler,dia rehat skali jer dlm tempoh perjalanan panjat memanjat tue,ffuhhh,kuat betul la stamina dia,kulit pun cantik.Malu kitorang dibuatnya,hehe,kitorang dah pancit beberapa kali jugak,pantang nampak ada kerusi rehat,terus melekat,badan dah sejuk blik baru la manjat lg.

Nanti,InsyaAllah,diizinkanNya,kitorang nak pg lg lah...sekarang semangat tgh nak kecikkan lg saiz badan nie membara sgt2.....tgk pagi2 sok lak cne,kaki melecet nie,kasut xsesuai,kalo xsakit sgt,ingat esok nak jogging lagi di awal pagi,plan pg sok kol 5am nak kuar joging,apepun,tengok dulu.

BERJALAN?BERLARI?


Rasanya dua2 bagus tuk bantu kita bakar segala lemak jahanam dlm badan.Secara asasnya,sume tu bergantung pd jarak yg kita ambil dlm satu2 sesi exercise kan...jika kita pilih jarak yg sama,berlari memerlukan masa yg lbh singkat berbanding dgn jalan kaki,tapi hari nie,ara byk berjalan drpd berlari...hehehehehe,partner exercise pg nie mak mertua,dia xlarat nak lari2....:)semput nti coz mak ada sakit jantung.


Apepun,best sangat2 dpt kuar umah pagi2,segar je rasa drpd duk exercise kat dlm umah,tapi ada la jugak xbestnya...huuuu.....xbest coz masih ramai sgt2 lg org2 melayu kampung kita yg xsuka berjoging,apa la diorang nie......walhal tu sume sgt2 penting bg menjamin tahap kesihatan yg optima n bantu cegah pelbagai jenis penyakit....nak2 penyakit 3 serangkai....kencing manis ,darah tinggi n jantung.


Untuk menurunkan lbh byk berat badan,kita semua perlu berjalan atau berlari sekurang2nya 3 batu setiap hari.Kita akan dpt kesan yg lebih baik andai kita dapat kurangkan pengambilan makanan yg berkalori tinggi.Berhenti drpd mengambil segala jenis makanan or minuman ringan sperti soda,donut dan lain2...nak result best lg,tambahla dgn aktiviti kardio yg mana ianya sgt memberi kesan pd bahagian perut.

Saturday, July 16, 2011

BUAH EPAL?I LIKE.......



Memang tidak dinafikan epal merupakan antara contoh buah-buahan yang berkhasiat tinggi.
maka tidak hairan lah mengapa epal dijadikan sajian pencuci mulut selepas waktu makan kerana segala 
vitamin yang terkandung di dalamnya diperlukan oleh tubuh badan kita.

antara khasiat yang terdapat dalam epal:-

1) Mengandungi serat yang tinggi dan antioksidan seperti flavonoid, betakarotena dan fitokimia.
Selain itu, ia juga mengandungi vitamin C, vitamin A dan vitamin B kompleks.

2) Kandungan agen antioksidan yg terdapat dalam epal mampu menentang radikal bebas serta dapat 
melambatkan proses penuaan yang menyebabkan kulit wajah cepat berkedut.Ia juga memperbaiki 
tekstur kulit wajah dengan memperbaharui sel-sel kulit dengan segera. Purata air lebih kurang
115.82 gram yang terkandung dalam sebiji epal juga dapat melembapkan kulit yg kering.

3) Dalam pada itu, fitokimia yang dijumpai dlm epal bukan sahaja membantu menghalang salur darah 
drpd tersumbat(penting untuk menghalang sakit jantung) malah ia juga menghalang sel kanser
daripada merebak ke seluruh badan untuk keadaan tertentu. 

4) TIP PENTING!!! jgn biarkan epal terdedah lama selepas dipotong kerana ia boleh menyebabkan 
antioksidan mudah terbebas ke udara sebaik shj epal dipotong.

5) Epal yang mengandungi kandungan serat dan kalori yang tinggi penting dalam membantu proses mengawal
berat badan. Serat dapat melambatkan kita dari berasa lapar manakala kalori pula dapat 
memberikan kita tenaga.

6) Berita baik!! kandungan kolestrol serta lemak tidak terdapat dalam epal. So, sesiapa yang
hendak berdiet,epal sesuai menjadi snek terbaik untuk mengalas perut dan juga membantu menguruskan badan.....:)

Friday, July 15, 2011

SERONOK KALO DAPAT JADI MCM DIA!!!

Bestnya la kalo dpt jadi mcm Nelly,berjaya turunkan berat badan dlm masa 3bulan,dari 56kg ke 47kg sekarang walaupun dah ada anak 3 orang.Kisah nie ara amik dari majalah RAPI,majalah kesihatan nombr 1 di Malaysia...

Kalau Nelly nie boleh,pasti ara pun boleh nak jadi mcm Nelly jugak.Semangat sangat baca kisah dia,masuk hari nie jer dah rasanya dah dekat 10x duk baca mende yg sama.Mcm tu lah kalo dah wujud minat yg sama.Cuba xminat,usah baca 10x,1x pun belum tentu nak baca,pokoknya yg paling penting dalam hidup seseorang mestilah bermula dgn minat,baru sume impian dan angan2 boleh jadi satu kenyataan.

Nak tau apa menu yg Nelly amalkan selain dgn bersenam?pepagi dia selalunya mkn roti bakar jer,dgn minum air kopi,tengah hari pulak dia xmkn nasi,tatau la dia ni mmg xmkn nasi langsung atau ada mkn jugak 1mggu 1x ke ape..dia xcite pulak tang tu,kalo dia da blog,dan terbaca jugak kisah dia kat sini,hope dia sudi lagi cite kisah dia nak kuruskan badan utk sihat nie dgn lebih mendalam,dpt cite pengalaman dari empunya diri lg syok....

Katanya tengah hari dia just mkn lauk pauk,sayur2 n minum air kosong,malam pulak sblm jam 8 dia mkn sayur atau oat dgn buah2 je.So,target nak gak try...senaman dah rajin buat skrg,cuma mkn je yg xwape nak jaga,nasib jer berat badan ara masih maintain.Target nak berat 45kg ke bawah,baru la sesuai dgn inci yg xwape nak tinggi nie,hehehehe....dulu,ara diet ikut suka hati jer,merapu,tanpa senaman,dari 54kg boleh jgk turun slow2 ke 49kg,but now,berat statik degil,tanak turun2,tu yg nekad nak jgk kasi turun lagi kali nie.

Apepun,InsyaAllah.........usaha tu kan kunci kejayaan.Kalu si Nelly nie boleh,ara mesti boleh jugak...Aalahai.....cemburu bangat neh..........